Lokasi : Jalan Sri Chempaka SD 12/1
Jenis : Thai , Kelantan
Bilangan Meja : >< 12
Jenis : Thai , Kelantan
Bilangan Meja : >< 12
Menu yang dipesan :
Ikan Kembung masak kunyit
Kangkung Masak Belacan
Tomyam Campur
Nasi putih dua
Teh O Ais
Dan
Barli suam
Ikan Kembung masak kunyit
Kangkung Masak Belacan
Tomyam Campur
Nasi putih dua
Teh O Ais
Dan
Barli suam
Pengalaman
Kedai yang biasa kami langgani tutup pada malam ini dan kami membuat keputusan untuk makan di kedai yang belum pernah kami pergi selang beberapa kedai. Nampak agak bersih dan 2 pelayan nya nampak manis orangnya. Ada lebih kurang 12 meja dan separuh penuh. Kami jangkakan masa menunggu tidak lama kerana kebanyakan meja sudah pun punyai makanan dihidangkan.
Masa menunggu 45 minit. Not good.
Dari pengamatan CikWifey, ada pelanggan selang 3 meja dari kami terpaksa menunggu lebih kurang 5 minit untuk menerima kiraan bil.
Rasa
Ikan kembung goreng kunyitnya mempunyai rasa yang sama seperti mana mana kedai yang pernah kami pergi dan tiada keistimewaan yang lebih dari kedai kedai lain TETAPI boleh saya katakan ikannya agak segar dan rangup seperti yang kami berdua sukakan.
Walaupun Kangkung Masak Belacan menggunakan kangkung yang segar, apabila ditanya sedap atau tidak, Cikwifey bertanya ...
"Abang ada rasa tak belacan nya?"
"Rasa macam Kangkung Masak kicap cair" jawab saya.
Bagi tomyam nya pula, walaupun ada rasa tetapi agak cair dan tidaklah sebuah hidangan yang boleh dibanggakan.
Harga
RM20. Kami rasa harganya adalah sedikit mahal untuk standard kedai seperti ini. Pesaing terdekat di kawasan ini ialah Beragas Tomyam yang sering kami singgah dan langgan dan harga yang biasa kami bayar disana adalah dalam lingkungan RM20-25 TETAPI dengan harga berikut, EncikSuami pada kebiasaannya akan memesan air gelas "giant" berharga RM5 setiap gelas dan juga disertakan telur dadar. Jadi utk apa yang kami pesan malam ini pada harga RM20 adalah dalam kategori mahal.

Pangkah ke tidak?
CikWifey kata PANGKAH guna Marker pen HITAM
CikWifey kata PANGKAH guna Marker pen HITAM

No comments:
Post a Comment